Monday, April 28, 2008

pengenalan

PENGENALAN
Pendidikan ini mengatakan tentang teras pendidikan Islam, iaitu konsep dan falsafahnya. Ia juga turut menyentuh tentang adab dalam pengajaran dan pembelajaran, bentuk dan corak institusi pendidikan dan pengajian dalam sejarah Islam, serta peranan, hak dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam proses pendidikan, sama ada individu, keluarga, masyarakat, ilmuan/ulama ataupun pemerintahan. Selain itu, pendidikan ini juga turut membincangkan tentang perkembangan pendidikan Islam yang berlaku di Malaysia, dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Sistem pendidikan Islam telah muncul di Kepulauan Melayu semenjak perkembangan Islam ke wilayah ini. Rasulullah s.a.w menyarankan agar seseorang yang menerima Islam, mempelajari semua prinsip Islam dan bukan sekadar menganut Islam itu semata-mata. Pendidikan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat, merupakan satu proses bagi sesebuah negara menanam, memupuk kesedaran untuk generasi muda mendapatkan kepandaian dan kemahiran dalam lapangan hidup.
Walhal itu, pendidikan memberikan kesedaran tentang tugas, tanggungjawab mereka dalam menyampaikan warisan kebudayaan warisan 'aqliah (intellectual heritage) kepada generasi akan datang. Secara umumnya, pendidikan satu latihan 'aqliah, jasmaniah dan rohaniah dengan matlamat melahirkan manusia yang memiliki kebudayaan tinggi, melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai insan yang mulia dan warganegara yang berguna. Inilah sebenarnya yang diperjuangkan para pendidik terkemuka dunia pada saban zaman.
Justeru itu, dalam Al-Quran ayat ikraq "ikraq bismi rabukal lazi" iaitu bacalah kamu dengan nama tuhan mu yang menjadikan mu daripada segumpal darah yang kotor. Ayat pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat menyampaikan wahiuh iaitu Zibral a.s digua Hirah. Semasa ini nabi Muhammad tidak tahu membaca, beliau mengatakan pada Zibral bahawa beliau adalah ummi iaitu buta huruf, maka Zibral pun berkata wahai Muhammad dakaplah aku maka beliau terus mula membaca ayat ikraq tersebut. Maka mulalah pendidikan dikalangan arab jahiliah, pendidikan ini bukanlah bermula pada deka ini. Ia bermula sejak zaman nabi Muhammad boleh dikatakan pendidikan bermula sejak lahir sehingga keliang lahad.

No comments: