Monday, April 28, 2008

kesimpulan

KESIMPULAN
Pendidikan merupakan satu cara untuk melahirkan masyarakat berilmu dan berwawasan. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah merangka konsep dan prinsip pendidikan agar ia boleh mencapai matlamatnya. Namun, usaha kerajaan akan menjadi sia-sia sekiranya tiada sokongan daripada diri pelajar, keluarga, masyarakat, golongan pendidikan dan juga ilmuwan. Ini menunjukkan bahawa tanggungjawab memajukan pendidikan bukan hanya terletak pada bahu pemerintah sahaja. Sebaliknya, ia menjadi tanggungjawab yang mesti dipikul bersama.
Oleh itu, marilah kita merenungkan bersama-sama masa depan pendidikan negara. Bah pepatah kata melayu "jika anda ingin hidup satu tahun tanamlah gandum, jika anda ingin selama sepuluh tahun tanamlah padi, jika anda ingin hidup seratus tahun tuntutlah ilmu."

No comments: