Monday, April 28, 2008

kesimpulan

KESIMPULAN
Pendidikan merupakan satu cara untuk melahirkan masyarakat berilmu dan berwawasan. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah merangka konsep dan prinsip pendidikan agar ia boleh mencapai matlamatnya. Namun, usaha kerajaan akan menjadi sia-sia sekiranya tiada sokongan daripada diri pelajar, keluarga, masyarakat, golongan pendidikan dan juga ilmuwan. Ini menunjukkan bahawa tanggungjawab memajukan pendidikan bukan hanya terletak pada bahu pemerintah sahaja. Sebaliknya, ia menjadi tanggungjawab yang mesti dipikul bersama.
Oleh itu, marilah kita merenungkan bersama-sama masa depan pendidikan negara. Bah pepatah kata melayu "jika anda ingin hidup satu tahun tanamlah gandum, jika anda ingin selama sepuluh tahun tanamlah padi, jika anda ingin hidup seratus tahun tuntutlah ilmu."

peranan

PERANAN DAN TANGGUNJAWAB
tanggungjawab menjayakan sektor pendidikan tidak hanya terletak dibahu pelajar malah,tanggunjawab ini turut di pegang oleh keluarga, masyarakat, ilmuan dan juga pemimpin.
PERANAN DAN HAK INDIVIDU sebagai seorang pelajar berhak untuk mendapatkan pendidikan secara bebas supaya tidak ditelan zaman, Apabila mereka diberi peluang ini mereka ini mempunyai tanggunjawab sebagai pelajar dan sebagai pelajar tidak patut mengabaikan peluang keemasan begini,oleh itu pelajar haruslah berlajar supaya tidak ketinggalan dengan pelajar lain dan mempunyai daya sain untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
PERANAN KELUARGA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MEREKAsesebuah keluarga yang mempunyai anak seharusnya memberikan didikan awal supaya dapat mendedahkan anak -anak mereka kepada dunia pendidikan,tamsilnya memmbaca dan mengira selain itu ibu bapa haruslah menghantar anak mereka kesekolah apabila mereka cukup umur persekolahan,disamping itu ibu bapa perlulah menyediakan dana untuk pengajian tinggi menerusi potongan gaji dan tabungan untuk pendidkan supaya menjamin pendidikan masa depan anak mereka.Disamping itu keluarga kanak hendaklah mengawasi pembelajaran anak-anak mereka dan tidak hanya bergantung kepada guru semata -mata
PERANAN MASYARAKAT DALAM PENDIDIKANmasyarakat hendaklah sama sama memainkan peranan terhadap pendidikan angota masyarakat dengan menghulurkan bantuan sokongan moral dan material, misalnya kepada golongan yang kurang berkemampuan
PERANAN PARA ILMUAN Perana ilmuan juga memainkan peranan yang penting dalam pendiddkan kerana merekalah gudang ilmu yang akan disampai kepada para pelajar untuk membangunkan generasi ini dan yang akan datang.para pendidik haruslah mengajar atau menyebarkan ilmu mereka dengan ikhlas dan tidak hanya mengharapkan ganjaran semata mata
PERANAN PEMERINTAHPemerintah yang mentadbir sesebuah Negara haruslah menyediakan peluang pendidikan kepada penduduknya dari tahap yang paling rendah hingga ke tahap yang paling tinggi.iaitu intitusi pengajian tinggi(ipt)bagi menjamin tempat yang mencukupi bagi pelajar pelepasan sekolah ipt yang disediakan haruslah dilengkapi dengan prasarna yang cukup supaya pelajar dapat belajar dengan selesa,pihak kerajaan haruslah memastikan tidak berlaku kecicran antara penduduknya untuk mendapatkan pendidikan, satu usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia iaitu menebuh kolej komunitidisetiap kawasan parlimen.Begitu juga dengan penyediaan pengajiaan swasta(Ipts)membolehkan menanpun jumlah pelajar pelepasan sekolah menegah. Disamping itu pemerintah perlulah menyediakan dana untuk membeyai rakyatnya dalam bidang penddikan

intitussi pendidikan dan pengajian


INSTITUSI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN
Institusi pendidikan dan pengajian telah wujud sejak zaman awal Islam lagi. Pada masa itu, Rasulullah s.a.w. telah menjadikan rumah al-Arqam bin Abi al- Arqam sebagai pusat pendidikan dan pengajian terulung. Malahan, baginda sendiri bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan pengikut-pengikutnya dan mengajar mereka mengenai ayat-ayat al-Qur'an yang diturunkan kepada baginda. Perkembangan institusi pendidikan dan pengajian pada zaman-zaman berikutnya menyaksikan kewujudan institusi yang dicatatkan oleh sumber sejarah Islam sebagai institusi pendidikan dan pengajian dalam Islam. Antaranya ialah kuttab, masjid dan institusi pengajian tinggi.
KUTTAB Kuttab ialah kanak-kanak belajar. Ia menyediakan pelajaran asas kepada kanak-kanak seperti mengajar, menulis, membaca dan asas-asas ilmu sahaja. Kewujudan KUTTAB memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pelajaran asas sebelum mereka boleh mengikuti pelajaran di masjid-masjid. Ada pendapat mengatakan bahawa terdapat dua jenis KUTTAB, iaitu: a)KUTTAB yang dikhususkan untuk anak-anak orang kebanyakan. Mereka membayar yuran pengajian anak-anak mereka.
b)KUTTAB satu lagi disediakan untuk anak-anak orang miskin. Kuttab jenis ini disebutkan kuttab al-sabil
MASJID Selain kuttab, masjid turut dijadikan sebagai tempat pengajian, selain tempat untuk beribadat. Ia menjadikan tempat tumpuan untuk mempelajari al-Qur'an dan juga al-Hadis, di samping mempelajari ilmu fekah. Antara masjid yang dijadikan sebagai tempat pengajian adalah seperti masjid di Basrah, Kufah , Masjid 'Amr di Mesir, Masjid al-Haram dan lain-lain. Mereka tidak boleh memilih halaqah yang mereka sukai. Sebaliknya, keupayaan mereka akan dinilai terlebih dahulu untuk membolehkan mereka memasuki halaqah yang sesuai dengan kelayakan mereka.
INSTITUSI PENGAJIAN TINNGI Institusi pengajian turut wujud pada zaman Islam. Pada masa itu, institusi pengajian tinggi meliputi masjid, institusi al-Nizamiyah dan institusi al-Mustansiriyah.
INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH Nama institusi al-Nizamiyyah diambil daripada nama pengasasnya, iaitu Nizam al-Muluk. Beliau ialah Perdana Menteri kepada Sultan Alp Arslan dan Sultan Malik Shah, iaitu pemerintah Saljuk. Institusi ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 459H.intitusi ini menyediakan tiga fakulti iaitu syariah, ussuludindan sains kemanusian yang member keutamaan kepada kesusteraan.setiap fakuliti ini mempunyai pensyarahnya sendiri dan bantu oleh pembantunya untun menyediakan tutorial.
INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH Institusi al-Mustansiriyyah pula dibina pada tahun 625H. Inisiatif penubuhannya dilakukan oleh Khalifah al-Mustansir bin al-Zahir. Beliau ialah khalifah kerajaan Abbasiyyah yang ke-36.
FALSAFAH DAN KONSEP
Islam sebagai cara hidup yang sempurna,sesuai untuk semua tempat,peringkat dan zaman, telah mengariskan falsafah pendidikan yang tersendiri.Ini dijelaskan Mohd Kamal Hassan tulisanya menyatakan bahawa falsafah pendidikan menekankan tentang pendidikan seumur hidup.pembangunan seluruh potensi manusai bersepadu mencakupi aspek rohani, jasmani dan mental bertujuan untuk menyampaikan dua fungsi utama manusia, iaatu sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah s.w.t.Manusia ditugas dan memakmurkan seluruh alam berdasarkan sepaduan dan kesempurnaan hidup didunia dan Akhirat. Hakikat ini serasi dengan objektif manusia sebagai khalifah Allah s.wt dan hamba Firman Allah dalam al-dahryat, ayat 56 yang maksudnya"TIdak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku". Pendekatan islam dalam menjalankan proses pendidkan merupakan satu bentuk penawar terhadap sifat kemanusian itu sendiri secara menyeluruh,tanpa mengabaikan sebarang aspek kehidupan mereka itu sendiri.
KONSEP PENDIDIKAN
Konsep pendidikan dalam islam melibatkan dua aspek iaitu aspek teras islam dan islam dan aspek hubungan ilmu teras islam dengan reality kehidupan. Aspek teras islam menekankan kefahaman akidah kepada allah s.w.t fahaman syariat dan didikan akhlak ,manakala aspek teras dengan reality kehidupan pula memberi pelbagai cara dan akhlak berkaitan pergolakan hubungan dengan kehidupan manusia , konsep ini mempunyai penamaan iaitu fardu ain dan fardu kifayah, kedua dua ini perlu memahami dengan mendalam dan juga perlu menghayati dengan mendalam aktiviti kehidupan seharian seperti ekonomi, perubatan dan politik.
Ibn Khaldun, ketika menbicarakan mengenai hal ini dalam Kitab al-'Ibar wa Diwan al-Mutaba' wa al-Khabar, pernah menyatakan: " Kami perhatikan ramai di kalangan guru yang terdapat pada zaman kami tidak mengetahui kaedah pengajaran dan faedahnya. Di peringkat awal lagi, mereka memulakan dengan masalah-masalah yang sukar dan meminta para pelajarnya untuk memahaminya."

prakata

Assalamualaikum waramatulahi wabarkatu dan salam sejahtera, saya mengucapkan kepada guru pengajian Islam, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengerah kudrat dengan menggunakan tulang empat kerat untuk menjayakan projek pengajian Islam tidak lupa juga saya pada pensyarah pengajian Islam yang yang banyak tunjuk ajar semasa saya dalam kemuskilan dan keluarga memberi sokongan padu untuk saya terus menjayakan projek ini.
Selain itu, saya ingin meminta maaf jika hujah atau isi yang saya tampilkan itu kurang memuaskan atau dimana-mana saya melakukan kesilapan atau kesalahan oleh itu, saya menyusun jari- jemari saya dari kiri ke kanan untuk memohon maaf atas kecuaian atau kelemahan saya dalam menyiapkan projek pengajian Islam "jarum yang patah jangan disimpan dalam peti kalau ada salah silap jangan disimpan dalam hati"
Sekian, terima kasih.

pengenalan

PENGENALAN
Pendidikan ini mengatakan tentang teras pendidikan Islam, iaitu konsep dan falsafahnya. Ia juga turut menyentuh tentang adab dalam pengajaran dan pembelajaran, bentuk dan corak institusi pendidikan dan pengajian dalam sejarah Islam, serta peranan, hak dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam proses pendidikan, sama ada individu, keluarga, masyarakat, ilmuan/ulama ataupun pemerintahan. Selain itu, pendidikan ini juga turut membincangkan tentang perkembangan pendidikan Islam yang berlaku di Malaysia, dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Sistem pendidikan Islam telah muncul di Kepulauan Melayu semenjak perkembangan Islam ke wilayah ini. Rasulullah s.a.w menyarankan agar seseorang yang menerima Islam, mempelajari semua prinsip Islam dan bukan sekadar menganut Islam itu semata-mata. Pendidikan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat, merupakan satu proses bagi sesebuah negara menanam, memupuk kesedaran untuk generasi muda mendapatkan kepandaian dan kemahiran dalam lapangan hidup.
Walhal itu, pendidikan memberikan kesedaran tentang tugas, tanggungjawab mereka dalam menyampaikan warisan kebudayaan warisan 'aqliah (intellectual heritage) kepada generasi akan datang. Secara umumnya, pendidikan satu latihan 'aqliah, jasmaniah dan rohaniah dengan matlamat melahirkan manusia yang memiliki kebudayaan tinggi, melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai insan yang mulia dan warganegara yang berguna. Inilah sebenarnya yang diperjuangkan para pendidik terkemuka dunia pada saban zaman.
Justeru itu, dalam Al-Quran ayat ikraq "ikraq bismi rabukal lazi" iaitu bacalah kamu dengan nama tuhan mu yang menjadikan mu daripada segumpal darah yang kotor. Ayat pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat menyampaikan wahiuh iaitu Zibral a.s digua Hirah. Semasa ini nabi Muhammad tidak tahu membaca, beliau mengatakan pada Zibral bahawa beliau adalah ummi iaitu buta huruf, maka Zibral pun berkata wahai Muhammad dakaplah aku maka beliau terus mula membaca ayat ikraq tersebut. Maka mulalah pendidikan dikalangan arab jahiliah, pendidikan ini bukanlah bermula pada deka ini. Ia bermula sejak zaman nabi Muhammad boleh dikatakan pendidikan bermula sejak lahir sehingga keliang lahad.