Monday, April 28, 2008

intitussi pendidikan dan pengajian


INSTITUSI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN
Institusi pendidikan dan pengajian telah wujud sejak zaman awal Islam lagi. Pada masa itu, Rasulullah s.a.w. telah menjadikan rumah al-Arqam bin Abi al- Arqam sebagai pusat pendidikan dan pengajian terulung. Malahan, baginda sendiri bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan pengikut-pengikutnya dan mengajar mereka mengenai ayat-ayat al-Qur'an yang diturunkan kepada baginda. Perkembangan institusi pendidikan dan pengajian pada zaman-zaman berikutnya menyaksikan kewujudan institusi yang dicatatkan oleh sumber sejarah Islam sebagai institusi pendidikan dan pengajian dalam Islam. Antaranya ialah kuttab, masjid dan institusi pengajian tinggi.
KUTTAB Kuttab ialah kanak-kanak belajar. Ia menyediakan pelajaran asas kepada kanak-kanak seperti mengajar, menulis, membaca dan asas-asas ilmu sahaja. Kewujudan KUTTAB memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pelajaran asas sebelum mereka boleh mengikuti pelajaran di masjid-masjid. Ada pendapat mengatakan bahawa terdapat dua jenis KUTTAB, iaitu: a)KUTTAB yang dikhususkan untuk anak-anak orang kebanyakan. Mereka membayar yuran pengajian anak-anak mereka.
b)KUTTAB satu lagi disediakan untuk anak-anak orang miskin. Kuttab jenis ini disebutkan kuttab al-sabil
MASJID Selain kuttab, masjid turut dijadikan sebagai tempat pengajian, selain tempat untuk beribadat. Ia menjadikan tempat tumpuan untuk mempelajari al-Qur'an dan juga al-Hadis, di samping mempelajari ilmu fekah. Antara masjid yang dijadikan sebagai tempat pengajian adalah seperti masjid di Basrah, Kufah , Masjid 'Amr di Mesir, Masjid al-Haram dan lain-lain. Mereka tidak boleh memilih halaqah yang mereka sukai. Sebaliknya, keupayaan mereka akan dinilai terlebih dahulu untuk membolehkan mereka memasuki halaqah yang sesuai dengan kelayakan mereka.
INSTITUSI PENGAJIAN TINNGI Institusi pengajian turut wujud pada zaman Islam. Pada masa itu, institusi pengajian tinggi meliputi masjid, institusi al-Nizamiyah dan institusi al-Mustansiriyah.
INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH Nama institusi al-Nizamiyyah diambil daripada nama pengasasnya, iaitu Nizam al-Muluk. Beliau ialah Perdana Menteri kepada Sultan Alp Arslan dan Sultan Malik Shah, iaitu pemerintah Saljuk. Institusi ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 459H.intitusi ini menyediakan tiga fakulti iaitu syariah, ussuludindan sains kemanusian yang member keutamaan kepada kesusteraan.setiap fakuliti ini mempunyai pensyarahnya sendiri dan bantu oleh pembantunya untun menyediakan tutorial.
INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH Institusi al-Mustansiriyyah pula dibina pada tahun 625H. Inisiatif penubuhannya dilakukan oleh Khalifah al-Mustansir bin al-Zahir. Beliau ialah khalifah kerajaan Abbasiyyah yang ke-36.

No comments: