Monday, April 28, 2008

FALSAFAH DAN KONSEP
Islam sebagai cara hidup yang sempurna,sesuai untuk semua tempat,peringkat dan zaman, telah mengariskan falsafah pendidikan yang tersendiri.Ini dijelaskan Mohd Kamal Hassan tulisanya menyatakan bahawa falsafah pendidikan menekankan tentang pendidikan seumur hidup.pembangunan seluruh potensi manusai bersepadu mencakupi aspek rohani, jasmani dan mental bertujuan untuk menyampaikan dua fungsi utama manusia, iaatu sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah s.w.t.Manusia ditugas dan memakmurkan seluruh alam berdasarkan sepaduan dan kesempurnaan hidup didunia dan Akhirat. Hakikat ini serasi dengan objektif manusia sebagai khalifah Allah s.wt dan hamba Firman Allah dalam al-dahryat, ayat 56 yang maksudnya"TIdak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku". Pendekatan islam dalam menjalankan proses pendidkan merupakan satu bentuk penawar terhadap sifat kemanusian itu sendiri secara menyeluruh,tanpa mengabaikan sebarang aspek kehidupan mereka itu sendiri.
KONSEP PENDIDIKAN
Konsep pendidikan dalam islam melibatkan dua aspek iaitu aspek teras islam dan islam dan aspek hubungan ilmu teras islam dengan reality kehidupan. Aspek teras islam menekankan kefahaman akidah kepada allah s.w.t fahaman syariat dan didikan akhlak ,manakala aspek teras dengan reality kehidupan pula memberi pelbagai cara dan akhlak berkaitan pergolakan hubungan dengan kehidupan manusia , konsep ini mempunyai penamaan iaitu fardu ain dan fardu kifayah, kedua dua ini perlu memahami dengan mendalam dan juga perlu menghayati dengan mendalam aktiviti kehidupan seharian seperti ekonomi, perubatan dan politik.
Ibn Khaldun, ketika menbicarakan mengenai hal ini dalam Kitab al-'Ibar wa Diwan al-Mutaba' wa al-Khabar, pernah menyatakan: " Kami perhatikan ramai di kalangan guru yang terdapat pada zaman kami tidak mengetahui kaedah pengajaran dan faedahnya. Di peringkat awal lagi, mereka memulakan dengan masalah-masalah yang sukar dan meminta para pelajarnya untuk memahaminya."

No comments: